Berita SemasaPM X

STR Fasa 2 disalur Isnin ini, kerajaan belanja RM1.7 bilion untuk 9 juta penerima

KUALA LUMPUR – Sebanyak RM1.7 bilion akan disalurkan kerajaan melalui pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 yang akan bermula Isnin ini, berbanding Rm1.5 bilion pada tahun lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hampir sembilan juta penerima yang merangkumi 60 peratus rakyat dewasa negara ini bakal menerima bantuan sehingga RM650 menerusi STR Fasa 2.

“Kerajaan MADANI kekal peka terhadap keperluan golongan terbanyak dalam menghadapi beban kos sara hidup, lebih-lebih lagi menjelang Hari Raya Aidilfitri.

“Peningkatan peruntukan STR dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) pada tahun 2025 sebanyak RM3 bilion atau 30 peratus kepada RM13 bilion adalah usaha kerajaan untuk meningkatkan martabat hidup rakyat secara saksama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, pembayaran STR Fasa 2 akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima sedia ada dan penerima baharu yang berdaftar dalam pangkalan data STR.

Bagi yang tidak mempunyai akaun bank, bantuan akan disalurkan secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) secara berperingkat mengikut kategori kelayakan masing-masing.

Kerajaan juga telah memperkenalkan pendekatan baharu dengan membuka pendaftaran STR 2025 sepanjang tahun bagi membolehkan lebih ramai rakyat yang layak menerima manfaat daripada bantuan ini.

Sekiranya nama pemohon tidak tersenarai dalam pangkalan data STR, mereka perlu membuat permohonan bagi membolehkan proses verifikasi dijalankan mengikut kategori kelayakan yang ditetapkan.

Orang ramai boleh menyemak status kelayakan STR dan mendapatkan maklumat lanjut di Portal Rasmi STR menerusi pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button