
STPM : KPM tawar 300 biasiswa lanjut bidang pendidikan
SELAYANG – Kementerian Pendidikan memperuntukkan sebanyak 300 biasiswa khas kepada pelajar cemerlang Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang ingin melanjutkan pengajian dalam bidang pendidikan di institusi pengajian tinggi awam (IPTA), kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Beliau berkata, inisiatif tersebut bertujuan menarik lebih ramai pelajar berpotensi dan berkemampuan tinggi untuk menyambung pengajian dalam bidang pendidikan serta menyumbang kepada pembangunan sektor itu.
“Saya berharap pelajar lepasan STPM dapat merebut peluang ini dan memohon untuk melanjutkan pengajian dalam bidang pendidikan,” katanya ketika berucap pada majlis penyampaian anugerah pelajar cemerlang STPM di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Fadhlina turut memaklumkan bahawa Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) akan melaksanakan satu mekanisme baharu dikenali sebagai kaedah “patching” yang membolehkan pelajar STPM mengulang subjek tertentu dalam tahun akademik yang sama.
Katanya, pendekatan itu akan memberi ruang kepada pelajar memperbaiki keputusan peperiksaan sekaligus meningkatkan peluang mereka untuk melanjutkan pengajian ke peringkat universiti.
“Saya mengucapkan penghargaan kepada MPM atas pelaksanaan inisiatif yang saya lihat sebagai langkah berkesan dan efisien bagi membantu pelajar mempertingkatkan pencapaian akademik mereka,” ujarnya.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |