
STPM 2024: Perlis catat PNGK tertinggi, atasi purata kebangsaan
KANGAR – Perlis mencatatkan pencapaian terbaik dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2024 apabila Gred Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) negeri itu meningkat kepada 2.87, mengatasi PNGK kebangsaan yang merekodkan 2.85.
Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Perancangan Jabatan Pendidikan Negeri Perlis, Ahmad Sabri Mohamad berkata, peningkatan itu menunjukkan prestasi memberangsangkan berbanding tahun sebelumnya yang mencatatkan PNGK 2.85.
“Sebanyak 98.78 peratus calon STPM di Perlis lulus penuh dengan seramai 20 pelajar memperoleh PNGK maksimum 4.00 berbanding 16 orang pada tahun lalu,” katanya pada sidang media pengumuman keputusan STPM 2024 negeri Perlis di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Syed Alwi hari ini.
Beliau turut memaklumkan enam buah sekolah mencatat peningkatan Gred Purata Sekolah iaitu SMK Agama Perempuan Kangar, SMK Syed Alwi, SMK Derma, SMK Tengku Suleiman, SMK Agama Arau dan SMK Syed Hassan.
Ahmad Sabri menambah, seramai 422 calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan STPM 2023, dengan 411 daripada mereka hadir sepenuhnya.
Lebih membanggakan, Perlis turut mengekalkan rekod cemerlang apabila tiada calon gagal dalam peperiksaan STPM untuk tahun kelima berturut-turut.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |