Berita Semasa

Steven Sim selar lelaki maki hamun anak angkatnya di media sosial

KUALA LUMPUR – Menteri Sumber Manusia, Steven Sim menyelar tindakan seorang netizen susulan tindakannya memaki hamun anak angkatnya di media sosial.

Sim yang juga Ketua DAP Pulau Pinang, menyifatkan tindakan individu yang juga dipercayai ahli parti politik itu sebagai angkuh dan biadab.

“Pembangkang nak maki hamun kat saya takpa, saya maafkan.

“Tapi jangan angkuh lagi biadab nak maki fitnah anak angkat saya dan keluarganya! Mereka orang susah, dah ditimpa musibah, berpolitik biar berpada-pada,” katanya dalam satu hantaran di X.

Kenyataan Sim itu merujuk kepada sebuah video di media sosial memaparkan seorang penyokong parti memaki hamun seorang remaja perempuan yang menjadi anak angkat Sim sejak September 2024.

Dakwa lelaki itu, Sim tidak menghulurkan bantuan kepada remaja terbabit yang ditimpa kemalangan sebaliknya dibantu Ahli Parlimen Permatang Pauh Muhammad Fawwaz Mohamad Jan yang menyumbangkan RM150.

Susulan itu, pegawai Sim, Rosly Yusof, di Parlimen Bukit Mertajam menerusi Facebook berkata, beliau telah melawat remaja perempuan terbabit sebaik dia ditimpa kemalangan.

Menurutnya, remaja itu juga menerima belanja sara hidup RM200 sebulan dalam program ‘Anak Angkat YB’ selain kebajikannya dijaga sepanjang pengajian di Melaka.

Sebagai rekod, Sim pada tahun lalu telah memilih remaja perempuan itu sebagai anak angkatnya dan akan membantunya sehingga tamat pengajian.

Bantuan itu diberikan walaupun keluarga remaja itu tinggal di Parlimen Permatang Pauh.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button