BERITA SEMASADALAM NEGERISUKAN

SRG.OG lakar sejarah tiga kejuaraan berturut-turut MPL MY

KUALA LUMPUR – Selangor Red Giants (SRG.OG) membuktikan dominasi dalam arena e-sukan tempatan apabila muncul juara Liga Profesional Mobile Legends: Bang Bang Malaysia (MPL MY) Musim Ke-15 selepas menewaskan Homebois 4-0 dalam aksi Grand Final yang berlangsung di Stadium Juara, Bukit Kiara, semalam.

Menurut Ketua Jurulatih SRG.OG, Michael Angelo Bocado, kejayaan tersebut adalah hasil pengorbanan dan komitmen barisan pemain serta pasukan kejurulatihan yang sanggup menangguhkan cuti perayaan demi tumpuan penuh kepada persiapan kejohanan.

“Saya amat berterima kasih kepada semua pemain dan staf kerana sanggup mengorbankan cuti Hari Raya Aidiladha minggu lalu demi latihan intensif. Hasilnya, kami berjaya mencapai sasaran utama musim ini,” katanya.

Dengan kemenangan itu, SRG.OG mencipta sejarah sebagai pasukan pertama yang berjaya merangkul kejuaraan liga selama tiga musim berturut-turut sejak MPL MY diperkenalkan.

Barisan utama yang diturunkan Kramm, Sekys, Stormie, Innocent dan Yums – tampil dengan strategi ampuh yang menyekat kemaraan Homebois sejak awal permainan.

Walaupun terkandas di perlawanan akhir, Homebois masih melayakkan diri ke kejohanan antarabangsa pertengahan musim Piala Dunia Esukan di Riyadh, mengiringi SRG.OG yang muncul juara MPL MY.

Dengan kejuaraan tempatan telah digenggam, fokus SRG.OG kini tertumpu kepada persiapan rapi bagi menghadapi cabaran di peringkat antarabangsa, sekali gus membawa nama Malaysia ke persada dunia.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button