BERITA SEMASA

SPRM tahan reman Pengerusi JPKK Sabak Bernam disyaki salah guna kuasa

SABAK BERNAM – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor menahan reman seorang wanita yang juga pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) di daerah ini kerana disyaki menyalahgunakan kuasa dengan memindahkan wang peruntukan ke akaun peribadi miliknya.

Perintah reman selama empat hari sehingga 26 April dikeluarkan Majistret Noora Nisa Ngadirin di Mahkamah Majistret Shah Alam pagi tadi selepas permohonan dikemukakan SPRM.

Menurut sumber, suspek dipercayai memindahkan wang dari akaun rasmi JPKK ke akaun peribadi tanpa kebenaran ahli jawatankuasa lain. Malah, terdapat dakwaan beberapa pengerusi JPKK di daerah sama turut terlibat dalam aktiviti serupa.

“Mereka juga dipercayai melakukan pembelian aset tanpa sebarang kelulusan dan gagal mengemukakan bukti pembayaran kepada mesyuarat JPKK,” katanya.

Suspek ditahan kira-kira pukul 3.30 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Hairuzam Mohmad Amin@Hamim ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan memaklumkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button