BERITA SEMASA

SPRM panggil semula Ismail Sabri bagi dirakam keterangan Khamis ini

KUALA LUMPUR – Bekas perdana menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan dipanggil semula ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya bagi dirakam keterangan, Khamis ini.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, siasatan kali ini menjurus kepada pengisytiharan harta beliau.

“Datuk Seri Ismail Sabri dipanggil semula ke SPRM pada Khamis ini, 24 April 2025nuntuk meneruskan rakaman percakapan.

“Kali ini adalah berhubung dengan pengisytiharan harta yang telah dibuat oleh beliau kepada kita di bawah Seksyen 36(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Konvokesyen Pegawai Integriti Bertauliah di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di ibu negara, pagi tadi.

Kali terakhir Ismail Sabri dirakam keterangan ialah pada 24 Mac lalu bagi siasatan berkaitan kes rasuah dan pengubahan wang haram berhubung perbelanjaan dan perolehan dana untuk promosi serta publisiti program Keluarga Malaysia ketika tempoh perkhidmatan beliau dari Ogos 2021 hingga November 2022.

Memetik kenyataan Azam Baki pada 3 Mac lalu, bekas Perdana Menteri ke-9 itu adalah suspek bagi siasatan kes rasuah serta pengubahan wang haram susulan penemuan wang tunai kira-kira RM170 juta dalam sebuah ‘safe house’ berikutan serbuan SPRM.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button