BERITA SEMASA

SPR terima secara rasmi kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning, adakan mesyuarat khas Jumaat depan

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengdakan satu Mesyuarat Khas Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Negeri (DUN) Ayer Kuning, Perak pada 7 Mac ini bagi membincangkan pelaksanaan pilihan raya di kawasan tersebut.

Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, kekosongan luar jangka kerusi tersebut telah dimaklumkan secara rasmi oleh Yang Dipertua DUN Perak, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berikutan kematian penyandangnya Allahyarham Ishsam Shahruddin pada 22 Februari lalu.

“Sebagaimana diperuntukkan di bawah Perkara 5, Bahagian Pertama, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan, kekosongan luar jangka tersebut hendaklah diisi dalam tempoh 60 hari dari tarikh dipastikan oleh SPR kekosongan tersebut telah berlaku,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu katanya, satu sidang media akan diadakan sejurus selepas mesyuarat khas tersebut.

Pada 22 Februari lalu Ishsam, 59, dilaporkan rebah tidak sedarkan diri selepas menyertai Kejohanan Bola Sepak 4 Penjuru di Stadium Bandaraya, Georgetown, Pulau Pinang.

Dalam kejadian sekitar jam 5.20 petang, Allahyarham bersalaman dengan pemain lain di dari negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.

Beliau telah dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang pada jam 5.40 petang setelah bantuan kecemasan diberikan di tepi padang dan Allahyarham disahkan meninggal dunia di Jabatan Kecemasan, Hospital Pulau Pinang.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button