BERITA SEMASA

SPM 2024: Keputusan terbaik sejak 2013, GPN naik ke 4.49

PUTRAJAYA – Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2024 mencatat pencapaian terbaik sejak 2013 dengan merekodkan Gred Purata Nasional (GPN) 4.49, berbanding 4.6 pada tahun sebelumnya.

Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Azman Adnan berkata, seramai 14,179 calon memperoleh keputusan cemerlang (gred A+, A dan A-) dalam semua mata pelajaran, berbanding 11,713 calon pada 2023.

“Seramai 136,791 calon, iaitu 36.1 peratus, lulus semua mata pelajaran dalam SPM 2024. Ini merupakan peningkatan sebanyak 5,302 calon atau 0.9 peratus berbanding 131,489 calon (35.2 peratus) pada 2023,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar pengumuman analisis keputusan SPM 2024 di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), di sini hari ini.

Analisis keputusan, katanya, turut menunjukkan jurang pencapaian antara calon bandar dan luar bandar semakin mengecil, dengan perbezaan hanya 0.02 mata berbanding tahun 2023.

“Tahun ini, seramai 355,933 calon layak menerima sijil SPM, iaitu 94 peratus daripada keseluruhan, berbanding 93.5 peratus atau 349,297 calon pada 2023,” katanya lagi.

Secara keseluruhan, seramai 402,918 calon menduduki SPM 2024, meningkat berbanding 373,924 calon pada 2023.

Sementara itu, calon boleh mendapatkan keputusan masing-masing di sekolah mulai jam 10 pagi ini.

Semakan keputusan boleh juga dilaksanakan menerusi laman web myresultspm.moe.gov.my atau menerusi SMS yang dibuka mulai pukul 10 pagi hari ini sehingga 6 petang, 30 April.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button