BERITA SEMASA

Solat tarawih: Masjid, surau dilarang guna imam warga asing – MAIDAM

KUALA TERENGGANU – Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) melarang penggunaan imam warga asing bagi untuk solat tarawih di semua masjid dan surau di seluruh negeri Terengganu sepanjang bulan Ramadan.

Yang Dipertua MAIDAM, Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail berkata, pengurusan masjid dan surau sebaliknya digalakkan menggunakan khidmat pelajar tahfiz tempatan bagi mengimamkan solat tarawih.

Katanya, langkah memberi keutamaan kepada pelajar tahfiz tempatan ini bertujuan memberi lebih pendedahan kepada golongan berkenaan bagi mengetuai solat tarawih pada usia muda.

“Tiada imam asing contohnya daripada Mesir dan Arab Saudi mengimamkan solat terawih di semua masjid dan surau di negeri ini, kecuali mereka yang berkhidmat sebagai guru atau pensyarah di beberapa Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di negeri ini.

“Kita amat menggalakkan pelajar kita yang hafal al-Quran dilantik sebagai imam tarawih dan elaun dibiayai oleh pengurusan masjid dan surau,” katanya ketika mengumumkan kadar zakat fitrah bagi tahun 1446H/2025M, di sini semalam.

Terdahulu, Shaikh Harun merasmikan Majlis Pelancaran Agihan Bantuan Zakat Asnaf Fakir Miskin, di Dewan Terbuka Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, Profesor Madya Dr Ahmad Azrin Adnan dan Ketua Penolong Setiausaha (Pengurusan Zakat), Nazli Amirri Ngah.

Pad masa yang sama, katanya, pengurusan masjid dan surau juga diminta untuk tidak mengehadkan membaca satu juzuk al-Quran bagi solat tarawih.

“Imam solat tarawih boleh bertahan dengan bacaan al-Quran yang panjang, tetapi menjadi kebimbangan kita makmum tidak tahan,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button