BERITA SEMASA

Solat berjemaah selamatkan 91 pelajar SMK Tinggi Setapak daripada kebakaran

KUALA LUMPUR – Solat isyak di surau berjemaah menyelamatkan seramai 91 orang pelajar lelaki SMK Tinggi Setapak daripada Kebakaran asrama, malam tadi.

Kesemua pelajar yang berusia antara 13 hingga 17 tahun sedang berada di surau sekolah ketika kejadian berlaku sekitar pukul 8.30 malam.

Menurut Warden Asrama, Muhd Naznie, kejadian berlaku sekitar pukul 8.30 malam ketika para pelajar sedang bersiap untuk menunaikan solat Isyak secara berjemaah di surau.

“Jadi, bila kita dapat kesan sahaja kebakaran itu berlaku, kita terus bunyikan penggera kecemasan dan keluarkan pelajar ke kawasan berkumpul. Alhamdulillah, kesemua 91 pelajar kita selamat,” katanya

Komander Operasi Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, Japari Tajuddin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 8.30 malam.

“Empat jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Setapak, Sentul, Jalan Hang Tuah serta Gombak Selatan bersama pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi sejurus menerima maklumat.

“Sebaik tiba, pasukan mendapati kebakaran membabitkan tingkat satu bangunan asrama pelajar lelaki. Operasi pemadaman melibatkan kekuatan 40 anggota terus dijalankan dan api berjaya dikawal sepenuhnya pada pukul 9.40 malam,” katanya

Tambah beliau, tiada sebarang kecederaan dilaporkan kerana kesemua pelajar sedang berada di surau semasa kejadian.

“Unit Forensik JBPM kini sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kebakaran serta jumlah kerugian yang terlibat,” katanya lagi.

Difahamkan, kebakaran tersebut menyebabkan kemusnahan hampir 80 peratus pada struktur bangunan asrama terbabit.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button