
Sofyank tiba di Jepun untuk bertemu Tom Cruise, bakal hasilkan video kolaborasi
TOKYO – Pencipta kandungan digital terkenal dari Malaysia, Sofyank, selamat tiba di Jepun hari ini bagi memenuhi jemputan eksklusif untuk bertemu bintang Hollywood terkemuka, Tom Cruise.
Sofyank, yang dikenali dengan kepakarannya dalam kesan khas visual (VFX) dan kandungan kreatif di media sosial, dijadualkan menghasilkan video kolaborasi istimewa bersama pelakon filem aksi legenda itu.
Kolaborasi itu bakal menyaksikan gabungan kreativiti Sofyank dengan karisma dan aksi ikonik Tom Cruise untuk tontonan peminat global.
Kerjasama dengan bintang utama ‘Mission Impossible’ itu pasti menjadi inspirasi kepada pencipta-pencipta kandungan tempatan.
Sofyank dalam hantaran di Instagramnya mengakui, beliau teruja dan ‘cemas’ menantikan peluang bekerjasama dengan Tom Cruise esok.
“InsyaAllah esok kalau tiada halangan, saya akan shoot satu video vfx bersama dengan Tom Cruise. Buat masa sekarang, perasaan memang sangat “nervous” menunggu detik untuk shooting esok, walaupun dah buat persiapan awal-awal, tapi masih lagi risau untuk sesi esok.
“Dikesempatan ini, kalau tak keberatan saya nak minta dengan semua doakan proses shooting esok berjalan lancar,” katanya.
Sofyank sebelum ini pernah mencuri perhatian ramai dengan kolaborasi bersama selebriti VFX antarabangsa termasuk ZachKing.
Beliau juga pernah memenangi Ultimate VFX Challenge di Amerika Syarikat.
Sofyank kerap dipuji kerana teknik suntingannya yang halus serta penceritaan visual yang mengagumkan.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |