
SMK Lahat terbakar ketika mesyuarat PIBG, jamuan
IPOH– Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lahat di sini bertukar cemas apabila salah satu bangunan sekolah itu terbakar, pagi tadi.
Insiden berlaku sekitar jam 11.05 pagi itu mengakibatkan kepulan asap tebal kelihatan dari blok tiga tingkat sekolah terbabit, sekali gus mencetuskan panik dalam kalangan ibu bapa, guru dan pelajar yang berada di kawasan sekolah bagi menghadiri mesyuarat dan jamuan tersebut.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, memaklumkan bahawa pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu sebelum menghantar sepasukan anggota ke lokasi.
“Kebakaran melibatkan blok D di tingkat tiga iaitu di bilik Seni sekolah berkenaan. Dianggarkan kira-kira 30 peratus kawasan bilik tersebut musnah dalam kejadian itu.
“Seramai 17 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Putih serta BBP Batu Gajah digerakkan ke lokasi untuk melaksanakan operasi pemadaman,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Menurutnya, usaha memadam kebakaran masih dijalankan ketika laporan ini disiarkan dan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca kejadian sedang dijalankan.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |