
Skuasy berpasukan wanita hadiahkan emas ketiga negara
KUALA LUMPUR – Malaysia berjaya memperoleh pingat emas ketiga Sukan Asia menerusi acara skuasy berpasukan wanita selepas menewaskan Hong Kong 2-1 sebentar tadi.
Mata kemenangan Malaysia disumbangkan oleh S.Sivasangari dan Aifa Azman yang masing-masing turun sebagai pemain kedua dan ketiga.
Terdahulu Malaysia ketinggalan 1-0 selepas perseorangan pertama Rachel Arnold tewas tipis di tangan pemain Hong Kong 2-3.
Malaysia kemudiannya bangkit menerusi Sivasangari yang juga pembawa bendera Jalur Gemilang pada acara pembukaan dengan membenam cabaran lawannya 3-0.
Rentak kemenangan itu diteruskan oleh perseorangan terakhir Aifa yang menewaskan lawannya 3-1 sekali gus merampas semula pingat emas dari tangan Hong Kong.
Pada edisi sebelum ini Malaysia hanya berpuas hati dengan memperoleh pingat gangsa.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






