BERITA SEMASA

Situasi kusta di Kuala Pilah terkawal, pesakit tidak perlu diasingkan – KKM

PUTRAJAYA – Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Negeri Sembilan telah menjalankan saringan ke atas 368 daripada 460 orang penduduk sehingga 19 Februari lalu sebagai langkah mempergiatkan pengesanan kes kusta di Kampung Chergun dan Kampung Guntur, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), ini adalah sebahagian daripada usaha mencari dan mengesan kes secara bersasar di lapangan sejak bulan Julai 2024.

“Sehingga kini, sebanyak sembilan kes disahkan kusta dan kesemua pesakit telah diberi rawatan mengikut regim garis panduan yang telah ditetapkan.

“Salah seorang daripada pesakit yang berusia 18 tahun dari Kampung Chergun telah meninggal pada 17 Februari lalu.

“Sebelum itu, pesakit telah dimasukkan ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) setelah mengalami gejala demam, sakit perut, muntah dan diberi rawatan sewajarnya oleh Pakar Perubatan Dalaman HTAN serta khidmat konsultasi daripada pihak Gastroenterologi, Hepatologi dan Dermatologi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, ahli keluarga pesakit membawa pesakit pulang ke rumah pada 16 Februari lalu, dan telah meninggal dunia keesokan harinya.

“Aktiviti pengesanan kes dan kontak serta langkah-langkah pencegahan dan kawalan jangkitan masih diteruskan.

“Mana-mana individu yang mempunyai gejala seperti penyakit kusta perlu mendapatkan rawatan difasiliti kesihatan berhampiran.

“KKM memberi jaminan bahawa situasi kusta di Kuala Pilah adalah terkawal dan pesakit kusta juga tidak perlu lagi diasingkan kerana terdapat rawatan yang berkesan,” katanya.

Justeru, KKM ingin menyeru masyarakat agar memberi kerjasama kepada pasukan kesihatan semasa aktiviti pengesanan kes dijalankan.

Katanya, KKM juga akan terus komited dalam melindungi kesihatan dankesejahteraan rakyat.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button