BERITA SEMASA

Situasi banjir di Perak semakin pulih

IPOH – Situasi banjir di Perak semakin pulih dengan jumlah mangsa di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di Hilir Perak dan Perak Tengah semakin berkurangan, pagi ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak berkata, sebanyak 137 orang daripada 36 keluarga masih ditempatkan di PPS berbanding 146 orang daripada 38 keluarga, setakat malam tadi.

“Di daerah Hilir Perak, 47 orang daripada 14 keluarga berlindung di PPS Dewan MPTI Langkap manakala 61 orang daripada 15 keluarga masih berlindung di Dewan Serbaguna Chikus sejak seminggu lepas.

“Sebanyak 29 mangsa daripada tujuh keluarga masih ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Dato’ Sagor di daerah Perak Tengah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini meramalkan cuaca cerah dan baik dari pagi hingga malam di 12 daerah di Perak.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button