BERITA SEMASA

[VIDEO] Sistem PRIME atasi cabaran komunikasi musim bencana

CYBERJAYA – Cabaran komunikasi bersepadu ketika musim bencana akan dapat diatasi dengan pelancaran Sistem Komunikasi Radio dan Internet Bersepadu Bergerak (PRIME).

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, inisiatif yang dibangunkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) itu berfungsi sebagai sistem komunikasi bersepadu bergerak yang mampu berfungsi dalam apa jua keadaan.

@malaysiatribune

Sistem PRIME bukan sekadar kenderaan tetapi merupakan sistem komunikasi bergerak yang menggabungkan teknologi satelit, selular, radio mudah alih, WiFi dan juga dron, semuanya dalam satu platform. @fahmi.fadzil #malaysiatribune

♬ original sound – malaysia tribune – malaysia tribune

“PRIME bukan sekadar kenderaan, ia adalah sistem komunikasi bergerak yang menggabungkan teknologi satelit, selular, radio mudah alih, WiFi dan juga dron, semuanya dalam satu platform.

“Sebagai contoh, dalam keadaan liputan komunikasi terganggu, PRIME membolehkan komunikasi kritikal untuk koordinasi penyelamatan, pengurusan bantuan dan penyampaian maklumat bersama agensi-agensi berkaitan dapat diteruskan.

“Unit ini turut dilengkapi sistem radio mudah alih, sekali gus menyokong komunikasi di lokasi yang langsung tiada liputan. Ia memberi kelebihan besar kepada pasukan penyelamat dan petugas barisan hadapan dalam melaksanakan misi bantuan secara cekap dan terancang,” katanya.

Fahmi berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran PRIME, di sini hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Eksekutif MCMC, Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din.

Setakat ini, sebanyak tiga unit PRIME dibangunkan dengan setiap satu membabitkan kos sebanyak RM1 juta.

Kata Fahmi lagi, buat masa ini, satu unit dilancarkan untuk kegunaan di Semenanjung manakala dua lagi unit dijangka siap pada suku keempat tahun ini dan akan ditempatkan untuk kegunaan di Sabah dan Sarawak.

Beliau kemudiannya menambah, selain kegunaan semasa bencana, PRIME juga diperluas fungsinya bagi menyokong program jangkauan komuniti seperti Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI).

“Melaluinya, perkhidmatan internet dan aktiviti kemasyarakatan boleh dibawa terus ke kawasan pedalaman, memperkasa penyampaian maklumat secara inklusif dan responsif.

“Ini langkah strategik membina ekosistem komunikasi menyeluruh, sekali gus menjadi pemangkin transformasi digital masyarakat,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button