BERITA SEMASA

Sini Malaysia!: Pekerja, pelanggan sudah saling mohon maaf

KUALA LUMPUR – Pekerja sebuah kedai makan di sebuah pusat beli belah dan pelanggan yang bertengkar kerana tidak mahu bercakap dalam bahasa Melayu menerusi satu video tular di media sosial sudah masing-masing memohon maaf.

Menurut Penang Chendul dalam satu kenyataan, salah faham tersebut telah diselesaikan sebelum video berkenaan tular di media sosial sejak semalam.

“Sebelum situasi itu mendapat perhatian umum, kedua-dua pelanggan dan kakitangan kami telah saling memohon maaf dan pada masa sama, kami juga melihat perkara itu dengan teliti.

“Melangkah ke hadapan, kami kekal komited untuk memberikan perkhidmatan yang cemerlang sambil memastikan persekitaran hormat menghormati dan mesra untuk semua,” katanya hari ini. 

Semalam tular video berdurasi 17 saat seorang pelanggang yang berbalah dengan dua pekerja di sebuah kedai di medan selera pusat membeli belah.

Dalam video tersebut, difahamkan pelanggan tersebut enggan menggunakan bahasa Melayu ketika berurusan manakala pekerja kedai tersebut menegaskan dia sedang berada di Malaysia dan perlu menggunakan bahasa tersebut yang juga merupakan bahasa Kebangsaan dan wajib digunakan oleh setiap rakyat yang mengaku sebagai warganegara.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button