Sindiket parkir haram Bukit Bintang: 17 warga asing ditahan Imigresen
KUALA LUMPUR – Seramai 17 lelaki warga asing ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) semalam, selepas disyaki terlibat dalam sindiket parkir haram di sekitar Bukit Bintang, di sini.
Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff, dalam kenyataan berkata, serbuan dijalankan 1 tengah hari dengan disertai enam pegawai dan anggota.
Beliau berkata, pihaknya menahan 17 lelaki warga asing berusia lingkungan 30-an dipercayai mengutip wang parkir secara haram di dua lokasi di Bukit Bintang.
“Di lokasi pertama, kami menahan dua lelaki Bangladesh dan sembilan lelaki Myanmar, manakala di lokasi kedua seramai enam lelaki Myanmar ditahan,” katanya selepas operasi hampir sejam itu.
Tambah Wan Mohammed Saupee, operasi dilakukan kurang 24 jam selepas pihaknya mengesan satu video berdurasi satu minit 39 saat dimuat naik akaun ‘SKUAD 4NTI PATI’ di Facebook, yang memaparkan beberapa warga asing menjadi ‘ulat’ parkir di lokasi serbuan.
Dalam pada itu, Wan Mohammed Saupee berharap orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan aktiviti sedemikian supaya dapat menyalurkan maklumat kepada pihaknya untuk tindakan lanjut.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






