
Sinar Ramadan, kisah wanita kembali bangkit di RTM
SEPANJANG bulan Ramadan ini, drama-drama yang disiarkan di kaca televisyen cukup sinonim dengan momen-momen menyentuh hati, mengundang air mata dan keinsafan.
Ia membuktikan bahawa drama itu bukan sekadar hiburan, tetapi juga cerminan realiti yang mengajak penonton merenung makna kehidupan dan nilai kemanusiaan.
Terbaru, RTM turut memaparkan naskhah serupa namun dengan pendekatan yang berbeza melalui Sinar Ramadan.

Drama ini menunjukkan watak utama, Irma yang tidak larut lama dengan kesedihannya, sebaliknya kembali bangkit meneruskan kehidupan dan berusaha mengenali potensi diri.
Diarahkan oleh Amie Maziah Abdul Rahman, drama ini menampilkan gandingan watak utama Watie Sadali dan Didi Astillah dengan dibantu oleh Anne Abdullah, Noriza Salleh, Muaz Fitri, Nazlinda Yusof dan Hadi.
Mengisi slot Layar Okey, telefilem ini bakal menemui penonton pada 14 Mac ini (Jumaat) pukul 10.00 malam di saluran Okey. Ia juga boleh ditonton di mana-mana sahaja menerusi aplikasi RTMKlik.
Ikuti perjalanan kisah bekas penyanyi, Irma berusia 40-an yang terkenal ketika era kegemilangannya dahulu.
Kini, Irma melalui detik sukar dengan pelbagai ujian kehidupannya termasuklah tidak menerima tawaran berlakon seperti sebelumnya.
Apatah lagi dengan kemunculan artis-artis baru yang umpama cendawan tumbuh selepas hujan, bakat Irma hanya dipandang sepi.
Tanpa diduga Irma bertemu dengan seorang pelajar perempuan Diploma Tahfiz Darul Quran Busyra.
Setelah Irma mengenali Busyra dan ibunya, Kak Pah, banyak perubahan positif berlaku pada dirinya.
Daripada dibelenggu rasa kekecewaan, Irma bangkit menjadi seorang usahawan kecil-kecilan hasil kemahiran sedia ada serta bantuan daripada Busyra yang menjual kuih raya ketika Ramadan. Namun adakah usahanya itu benar-benar membuahkan hasil?
Ikuti kesudahanan kisah ini kelak. Pastikan anda meluangkan masa menyaksikan program-program terbaik yang disiarkan di RTM sepanjang Ramadan ini.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |