
Signature Malaysia lancar kempen HomeFest 2025
PENERAJU dalam penyelesaian kediaman dan gaya hidup tempatan, Signature Malaysia melancarkan kempen terbesar mereka, Signature HomeFest 2025.
Ia merupakan sebuah pameran rumah dan gaya hidup yang berlangsung selama tujuh minggu di seluruh negara bermula 4 Jun hingga 20 Julai.
Bertempat di Signature Malaysia Flagship Store, Kota Damansara, pelancaran kempen itu turut menjadi medan untuk mencipta rekod dalam Malaysia Book of Records sebagai Kempen Pameran Rumah dan Gaya Hidup Terbesar di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Signature International Berhad, KS Lau berkata, kempen itu melibatkan kesemua 50 bilik pameran Signature di seluruh negara dengan fokus utama di Johor, Lembah Klang dan Ipoh.
“Signature HomeFest 2025 bukan sekadar kempen jualan tetapi ia adalah pengalaman gaya hidup menyeluruh.
“Kami ingin menjadi rakan yang membantu pelanggan mencipta kediaman impian mereka, bukan sekadar menjual produk,” kata beliau dalam satu kenyataan.
Turut mencuri tumpuan dalam majlis pelancaran itu ialah pengumuman dua duta baharu Signature Malaysia.
Pelakon dan pengacara popular, Amelia Henderson dilantik sebagai Duta Jenama Signature Malaysia, manakala Datuk Chef Wan, ikon kulinari negara menyertai barisan Signature sebagai Chef Selebriti.
Signature HomeFest 2025 turut memperkenalkan pendekatan reka bentuk baharu yang dinamakan Soft Minima iaitu satu gaya minimalis kontemporari yang menggabungkan kesederhanaan, ketenangan dan unsur semula jadi.
Antara aktiviti utama termasuklah jualan seluruh negara dengan hadiah percuma untuk pembelian minimum RM10,000, jualan gudang, demonstrasi masakan bersama Chef Wan dan banyak lagi.
Orang ramai dijemput mengunjungi bilik pameran Signature Malaysia yang berhampiran atau menyertai acara Signature HomeFest 2025.
Untuk maklumat lanjut, layari www.signature.my/homefest2025 atau ikuti @signaturemalaysia di media sosial.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |