Sidang Kemuncak ASEAN: KPT benarkan sesi PdP secara atas talian
PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan memberikan kemudahan kepada institusi pendidikan tinggi awam dan swasta (IPTA/ IPTS) untuk menjalankan sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara dalam talian atau fizikal sepanjang penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46 di Kuala Lumpur.
Menurut KPT dalam satu kenyataan, ia susulan pelaksanaan penutupan jalan dan kawalan keselamatan melibatkan kawasan di sekitar Lembah Klang sepanjang acara itu berlangsung pada 26 hingga 28 Mei ini.
“Cakna dan prihatin terhadap kesejahteraan warga selaras nilai teras Malaysia MADANI, KPT akan memberikan kemudahan kepada IPTA/ IPTS untuk membuat pilihan menjalankan sesi PdP secara dalam talian atau fizikal.
“Setiap IPT diminta untuk membuat semakan lokasi, masa dan tarikh laluan yang ditutup sepanjang 26 hingga 28 Mei ini untuk menentukan keperluan bagi PdP secara dalam talian bagi memastikan warga tidak terkesan dengan kesesakan aliran trafik,” katanya hari ini.
Katanya, pelajar dan warga IPT yang terkesan turut boleh berhubung dengan IPT masing-masing bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut.
Menurutnya, kementerian yakin dengan PdP secara dalam talian itu akan memberi kemudahan kepada warga untuk merancang pergerakan dan dalam masa sama memastikan proses PdP dapat berjalan dengan lancar.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






