
SIC dijangka tuan rumah upacara perasmian SUKMA ke-22
SHAH ALAM – Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dijangka dipilih sebagai lokasi upacara perasmian Sukan Malaysia (SUKMA) yang ke-22.
Menurut Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor, Mohd. Najwan Halimi, pihak pengurusan litar tersebut sudah menyuarakan minat untuk menganjurkan perasmian sukan itu.
“Saya boleh katakan 80 peratus SIC menjadi venue perasmian. Kini, Sekretariat SUKMA sedang melakukan perbincangan dengan pengurusan SIC.
“Sebelum ini, pihak SIC ada menyuarakan minat kepada kami untuk menganjurkan perasmian temasya itu, justeru kami mengalu-alukan minat mereka,” katanya lapor Kosmo.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Iftar Belia Selangor 2025 di Kompleks Belia dan Kebudayaan Selangor, di sini malam tadi.
Laporan media sebelum ini menyebut, selain SIC, antara lokasi yang dipertimbangkan untuk menjadi lokasi perasmian adalah Stadium Merdeka, susulan Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) hanya dijangka siap pada 2027.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |