BERITA SEMASA

Siasatan kes rasuah: Ismail Sabri sedia beri kerjasama

PUTRAJAYA – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersedia untuk memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa sehingga siasatan selesai berhubung kes rasuah serta pengubahan wang haram dihadapinya.

“Hari ini, saya telah hadir ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberikan keterangan.

“Saya akan terus memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa sehingga siasatan selesai,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu bekas Perdana Menteri itu hadir jam 9.48 pagi tadi bagi dirakam keterangan berhubung kes rasuah serta pengubahan wang haram dihadapinya.

Rakaman percakapan itu diteruskan oleh SPRM selepas tempoh cuti sakit Ismail Sabri tamat semalam.

Ismail Sabri sepatutnya dijadual hadir ke Ibu Pejabat SPRM pada 5 Mac untuk memberi keterangan.

Namun, beliau tidak dapat hadir kerana masalah kesihatan dan telah diberi sijil cuti sakit oleh doktor yang merawatnya sehingga semalam.

Sebelum ini, SPRM mendedahkan, wang tunai RM170 juta dengan pelbagai mata wang serta jongkong emas ditemui di sebuah kondominium di ibu negara yang dipercayai dijadikan safehouse oleh pembantu kepada bekas Perdana Menteri itu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, barang rampasan itu ditemui di tiga peti besi kediaman terbabit.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button