
Shuib pertimbang saman individu kaitkan kematian isteri dengan Freemason
KUALA LUMPUR – Pelawak terkenal, Shahmira Muhammad atau lebih dikenali sebagai Shuib tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang mengaitkan kematian isterinya Allahyarham Siti Sarah Raisuddin dengan Freemason.
Menurut Shahmira, 38, dakwaan individu tersebut adalah satu fitnah yang sangat melampau dan ekstrem.
“Saya rasa tuduhan dan fitnah ini sangat melampau serta ekstrem kerana melibatkan arwah isteri saya, pihak hospital (HUKM) dan khasnya doktor yang terlibat.
“Rasanya tak perlu saya beri komen yang panjang. Tunggu sahaja kenyataan dari pihak peguam saya,” katanya menerusi satu kenyataan kepada media.
Terdahulu, seorang seorang pelayar laman sosial menerusi satu hantaran di Facebook mendakwa, kematian Allahyarham isterinya berkaitan dengan agenda vaksin Covid-19.
Menurut Individu terbabit, Siti Sarah dipaksa ditidurkan sebagai bukti keberkesanan vaksin, namun akhirnya meninggal dunia.
Kata individu itu lagi, Freemason menggunakan artis untuk mempromosi kebaikan vaksin selain menyatakan Shuib tidak boleh mengingkari arahan walaupun terpaksa mengorbankan keluarga sendiri.
Kenyataan individu itu dibuat berdasarkan gambar Shuib bersama isteri baharunya, Watie yang menutup sebelah mata masing-masing.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |