BERITA SEMASASUKAN

Shah Firdaus cipta sejarah raih emas pertama Piala Negara-Negara UCI

KUALA LUMPUR – Pelumba berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom mencipta sejarah apabila berjaya meraih emas sulungnya dalam acara keirin lelaki pada kejohanan Piala Negara-Negara di Konya, Turkiye, hari ini.

Lebih membanggakan, pingat emas yang dirangkul pelumba berusia 30 itu merupakan pingat emas pertamanya dalam kejohanan Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI).

Dalam perlumbaan tersebut, Shah Firdaus tidak terburu-buru untuk mengemudi kelompok hadapan, sebaliknya beliau memulakan kayuhan di belakang empat pelumba yang bersaing.

Akhirnya, strategi pelumba kelahiran Muar, Johor itu berhasil apabila berjaya memintas kesemua pelumba pada selekoh terakhir perlumbaan.

Bagi tempat kedua, ia menjadi milik Sebastien Vigier dari Perancis, manakala wakil pelumba Jepun, Shinji Nakano meraih gangsa.

Sebagai rekod, pencapaian terbaik Shah Firdaus adalah apabila beliau berjaya merangkul pingat perak juga dalam acara keirin di Kaherah, Mesir pada Mac 2023 lalu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button