BERITA SEMASAMALAYSIA MADANI

Sesi Townhall PPTM: Platform inklusif sahut aspirasi pendidikan tinggi negara

PUTRAJAYA – Sesi Townhall Siri 1 Pelan Pendidikan Tinggi Malaysia (PPTM) 2025–2035 yang berlangsung di Putrajaya hari ini, menandakan permulaan usaha memperkukuh hala tuju pendidikan tinggi negara secara kolektif dan menyeluruh.

Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Datuk Dr. Megat Sany Megat Ahmad Supian berkata, PPTM 2025–2035 bukan sekadar dokumen dasar tetapi merupakan manifestasi harapan dan cita-cita bersama yang dibentuk melalui pendekatan inklusif.

“Sesi Townhall ini bertujuan memberi kefahaman yang jelas mengenai fokus baharu serta perubahan penting yang dirancang sepanjang pelaksanaan PPTM dalam tempoh sepuluh tahun akan datang,” katanya melalui hantaran di Facebook KPT.

Sesi ini bertujuan memberi kefahaman yang jelas mengenai fokus baharu serta perubahan penting yang dirancang sepanjang pelaksanaan PPTM dalam tempoh sepuluh tahun akan datang.

Beliau turut menekankan kepentingan sesi tersebut sebagai platform untuk mengumpul idea dan cadangan bernas daripada kepimpinan utama pendidikan tinggi, dalam memastikan keberkesanan kaedah dan model pelaksanaan yang akan digunakan.

Menurut Megat Sany, kejayaan pelan tersebut bergantung kepada komitmen menyeluruh daripada semua peringkat pelaksana dasar, dari akar umbi hingga ke peringkat pembuat polisi.

“KPT amat berharap agar seluruh warga institusi pendidikan tinggi benar-benar menghayati aspirasi dan prinsip dalam PPTM 2025–2035 serta berganding bahu menjayakan pelaksanaannya,” ujarnya lagi.

Hadir sama memeriahkan sesi townhall ialah Ketua Setiausaha KPT, Datuk Dr. Anesee Ibrahim; Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datuk Prof. Dr. Azlinda Azman serta Ketua Pasukan Kumpulan Pakar Pembangunan PPTM, Prof. Emerita Datuk Dr. Asma Ismail.

Turut hadir para ketua jabatan, agensi dan bahagian KPT, Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor universiti awam serta Ketua Eksekutif universiti swasta.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button