
Seri Paduka Baginda zahirkan ucapan selamat berpuasa
KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah hari ini menzahirkan ucapan selamat menyambut Ramadan kepada seluruh umat Islam di Malaysia.
Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan harapan supaya umat Islam di negara ini mengambil kesempatan di bulan Ramadan yang penuh keberkatan untuk mengeratkan silaturahim serta membantu golongan memerlukan.
“Saya dan Raja Permaisuri Agong mendoakan supaya Allah Subhanahuwataala mengurniakan kesejahteraan kepada rakyat Malaysia serta dielakkan sebarang perselisihan atau perbalahan bersempena bulan Ramadan yang penuh barakah ini,” titah Sultan Ibrahim dalam satu hantaran di akaun Facebook milik baginda, hari ini.
Baginda turut mengajak umat Islam bermunajat dan berdoa supaya Malaysia sentiasa dilimpahi rahmat serta keberkatan, selain dilindungi daripada segala ancaman, bencana dan musibah.
Esok, umat Islam di Malaysia akan mula menunaikan ibadah berpuasa.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |