Berita SemasaLuar Negara

Serangan terbaharu hanya permulaan – Netanyahu

JERUSALEM – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, menyatakan bahwa serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza adalah “hanya permulaan” dalam usaha memerangi kumpulan Hamas.

Dalam kenyataannya yang disiarkan melalui televisyen Channel 12 Israel, Netanyahu menegaskan bahawa Israel akan melancarkan serangan yang lebih kuat daripada sebelumnya dan memberi jaminan bahawa musuh mereka akan merasai akibatnya.

“Kami menyerang musuh ( Hamas) dengan kekuatan yang lebih besar dan saya memberi jaminan bahawa ini hanyalah permulaan.

“Kami akan menamatkan pertempuran ini pada masa yang sesuai selepas Hamas dikalahkan,” katanya.

Beliau juga menambah bahawa Tel Aviv sedang menggerakkan sokongan antarabangsa yang luas untuk operasi tersebut, termasuk bekalan peluru dan senjata dari Amerika Syarikat.

Sejak serangan dimulakan pada hari Sabtu, jumlah korban jiwa di Gaza telah meningkat dengan jumlah rakyat Palestin yang terbunuh kini mencecah 1,799 orang, manakala lebih 6,600 orang mengalami kecederaan, termasuk 1,644 kanak-kanak dan 1,005 wanita.

Selain itu, serangan balas Israel turut menyebabkan bekalan air dan elektrik terputus di Gaza yang memburukkan lagi keadaan hidup di wilayah yang sudah lama berhadapan dengan sekatan itu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button