
Serangan besar-besaran Israel ke atas Yaman, 21 dipercayai cedera
HUDAYDAH – Tentera Israel melancarkan puluhan serangan udara ke atas Pelabuhan Hudaydah malam tadi, sehari selepas kumpulan Houthi melancarkan peluru berpandu yang mendarat berhampiran lapangan terbang utama negara haram itu.
Menurut kenyataan tentera Israel, serangan tersebut menyasarkan infrastruktur yang dikaitkan dengan Houthi, termasuk sebuah kilang simen di timur Hudaydah yang digambarkan sebagai “sumber ekonomi penting” dan digunakan untuk pembinaan terowong serta kemudahan ketenteraan.
“Pelabuhan Hudaydah berperanan sebagai pusat pemindahan senjata dan peralatan Iran bagi keperluan ketenteraan,” menurut kenyataan yang tidak dapat disahkan kesahihannya itu.
Jurucakap Kementerian Kesihatan yang dikendalikan pihak Houthi, Anees al-Asbahi, memaklumkan sekurang-kurangnya 21 orang cedera akibat serangan tersebut.
Stesen televisyen Al Masirah yang dikendalikan Houthi pula melaporkan enam serangan udara Israel yang dikoordinasi bersama Amerika Syarikat mengenai pelabuhan Hudaydah.
Bagaimanapun, sumber pertahanan AS memberitahu Al Jazeera bahawa “pasukan AS tidak terlibat secara langsung dalam serangan Israel di Yaman hari ini,” namun tidak menolak kemungkinan sokongan bukan ketenteraan telah diberikan.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |