
Aksi Cemerlang Yamal, Williams bawa Sepanyol ke final Liga Negara-Negara bertemu Portugal
STUTTGART – Bintang muda Sepanyol, Lamine Yamal dan Nico Williams menyerlah ketika membantu pasukannya menewaskan Perancis 5-4 dalam satu perlawanan mendebarkan di Stuttgart awal pagi tadi, sekali gus melayakkan diri ke final Liga Negara-Negara menentang Portugal.
Yamal, yang baru berusia 17 tahun, menjaringkan dua gol manakala Williams turut mencatat nama sebagai penjaring serta menyumbang satu bantuan gol.
Kedua-dua pemain sayap itu mempamerkan aksi cemerlang menembusi barisan pertahanan Perancis yang dilihat agak goyah pada separuh masa pertama.
Mikel Merino dan Pedri turut menyumbang gol untuk juara Euro 2024 itu.
Memasuki babak kedua, Kylian Mbappe menjaringkan gol menerusi sepakan penalt, namun ketika itu Sepanyol sudah mendahului 5-1 dan mengawal sepenuhnya permainan sebelum Perancis bangkit lewat perlawanan selepas pasukan lawan mengendurkan tekanan.
Tiga gol lewat permainan daripada pasukan Les Bleus yang terhasil daripada rembatan jarak jauh Rayan Cherki, jaringan sendiri pemain Sepanyol dan gol masa kecederaan Randal Kolo Muani gagal menyelamatkan mereka daripada kekalahan.
Yamal berkata, Sepanyol layak untuk memenangi perlawanan tersebut.
“Pada akhirnya memang agak cemas, tetapi kami bermain dengan sangat baik,” katanya.
Baca juga : Ronaldo wira Portugal bawa ke final Liga Negara-Negara
Dengan kemenangan ini, Sepanyol bakal menentang jiran serantau, Portugal yang diketuai Cristiano Ronaldo, dalam perlawanan akhir Liga Negara-Negara di Munich pada Ahad ini.
Perancis pula akan menentang tuan rumah, Jerman, bagi penentuan tempat ketiga yang berlangsung lebih awal pada hari sama.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |