BERITA SEMASA

Sepak takraw Sukan SEA: Penantian 34 tahun Malaysia berakhir, tewaskan Thailand 2-1

BANGKOK – Harapan tinggi rakyat Malaysia untuk melihat skuad sepak takraw negara menamatkan kemarau kejuaraan selama 34 tahun dalam acara regu berpasukan berakhir selepas menewaskan seteru tradisi, Thailand 2-1 pada aksi akhir Sukan SEA di sini, hari ini. 

Lebih manis anak-anak buah Ahmad Jais Baharun berjaya menghadiahkan pingat emas itu di hadapan penyokong tuan rumah.

Kali terakhir Malaysia menjulang kejuaraan regu berpasukan ialah pada temasya Sukan SEA Manila 1991 dan sejak itu, penantian demi penantian setiap kali bertemu Thailand hingga ditamatkan hari ini.

Terdahulu regu pertama negara yang dibarisi Amirul Zazwan Amir (ketua pasukan), Muhammad Haziq Hairul Nizam (tekong) dan Muhammad Noraizat Mohd Nordin (perejam) tewas pada set pertama, sebelum bangkit di set kedua namun kecundang pada set ketiga dalam pertarungan penuh debar.

Regu kedua yang dibarisi regu senior iaitu Farhan Adam (ketua pasukan), Mohammad Syahir Mohd Rosdi (tekong) dan Mohamad Azlan Alias (apit kanan) menjadi penyelamat maruah negara apabila menyamakan kedudukan 1-1.

Penantian negara akhirnya berjaya ditamatkan selepas regu ketiga yang dibarisi Afifuddin Razali (perejam), Sobey/Zharif Merican (tekong) dan Aidil (apit kanan) hanya memerlukan dua set untuk menundukkan regu senior Thailand.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button