BERITA SEMASA

Seorang lagi maut akibat strok haba

KUALA LUMPUR – Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) semalam melaporkan satu lagi kes kematian akibat strok haba pada minggu ini menjadikan kes kematian akibat cuaca panas di negara ini dua orang setakat ini.

Nadma dalam laporan ringkas status cuaca yang dikeluarkan berkata, kematian pada 1 April lalu itu berlaku di Kelantan melibatkan seorang kanak-kanak berusia tiga tahun.

“Pemantauan sehingga 3 April mendapati jumlah kes kumulatif bagi penyakit berkaitan cuaca panas meningkat kepada 37 kes dengan pecahan 10 kes strok haba, kes kelesuan haba (26 kes) dan kes kejang haba (satu kes).

“Terdapat dua kes masih mendapat rawatan di hospital, iaitu masing-masing satu kes strok haba yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan kes kelesuan haba di wad biasa. Kes lain telah mendapat rawatan dan sembuh,” menurut laporan yang memetik sumber Kementerian Kesihatan (KKM) itu.

Kes kematian pertama dipercayai akibat strok haba berlaku pada 2 Februari lalu melibatkan mangsa berusia 22 tahun.

Bagi kes mengikut negeri, Perak dan Kedah masing-masing merekodkan lapan kes, Johor (lima), Negeri Sembilan (empat), Sabah (empat), Selangor (tiga), Perlis (dua) dan masing-masing satu kes di Pahang, Pulau Pinang dan Kelantan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button