Seorang lagi mangsa kemalangan babitkan Honda Jazz meninggal dunia
SEREMBAN – Seorang lagi mangsa kemalangan di persimpangan lampu isyarat Matahari Heights, Persiaran Senawang 1, yang berlaku pada Khamis lalu, meninggal dunia pada 7.23 malam semalam.
Perkembangan terbaru itu dimaklumkan Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din.
Beliau berkata, mangsa, Aisar Azim Abdullah, 17, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), menjadikan keseluruhan tiga remaja maut setakat ini.
Mangsa merupakan penunggang motosikal Honda Vario yang menunggang bersama rakannya yang berusia 13 tahun.
Sementara itu, tiga individu lain yang mengalami kecederaan parah masih menerima rawatan di HTJ.
Mereka terdiri daripada rakan kepada Aisar Azim serta pemandu dan penumpang kereta Honda Jazz yang masing-masing berusia 18 dan 17 tahun.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








