BERITA SEMASA

Sempat bergelar suami empat hari, lelaki maut motosikal berkuasa tinggi rempuh Proton Saga

SETIU – Seorang lelaki yang baru empat hari bergelar suami meninggal dunia selepas motosikal berkuasa tinggi ditunggangnya terlibat dalam kemalangan di Kilometer 79, Jalan Kuala Terengganu – Kota Bharu berhampiran Kampung Guntung, di sini hari ini.

Ketika kejadian pada pukul 10.20 pagi, Wan Hasbullah Wan Abdul Halim, 42, yang menaiki motosikal Kawasaki Z1000 maut akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Setiu, Superintendan Mohd Zain Mat Dris berkata, mangsa dikatakan dalam perjalanan ke Jerteh dari Kuala Terengganu apabila kemalangan berlaku.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal dinaiki mangsa dikatakan cuba memotong, namun terlanggar sebuah kereta jenis Proton Saga dipandu seorang penternak haiwan berusia 44 tahun.

“Kereta Proton Saga itu dikatakan sedang membelok ke simpang kanan sewaktu kejadian,” katanya, memetik laporan Kosmo! Online.

Tambah Mohd Zain, jenazah mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Setiu, manakala pemandu Proton Saga mengalami luka pada bahagian kepala dan diberi rawatan di hospital sama.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button