
Semboyan Malaysia nafi ceroboh, keluarkan 20 kereta tanpa kebenaran
KUALA LUMPUR – Semboyan Malaysia menafikan dakwaan menceroboh dan mengeluarkan 28 kenderaan tanpa kebenaran dari sebuah tempat letak kenderaan di Pendamar, Klang, kelmarin.
Pengerusinya, Yusuf Azmi sebaliknya berkata, tindakan itu dibuat bersama kesemua pemilik kenderaan yang sebelum ini disekat mengambil kenderaan mereka oleh sebuah syarikat perkapalan susulan kejadian kebakaran kapal.
Jelasnya, pihaknya bukan saja sudah mengadakan perbincangan dengan syarikat terbabit malah dengan Kementerian Pengangkutan (MOT) dan pihak Pelabuhan Utara dengan syarikat diarah menyerahkan semula kenderaan kepada pemilik, lapor HM Online.
“Saya difahamkan sebelum ini terdapat lebih 1,000 kenderaan ‘ditahan’ dan ratusan pemilik sudah membuat laporan polis tapi tiada tindakan diambil. Syarikat pula tetap dengan pendirian menuntut bayaran 60 peratus daripada pemilik kenderaan yang tidak mempunyai insurans.
“Berikutan itu, ramai mangsa ini datang kepada kita (Semboyan Malaysia) buat aduan dan meminta bantuan. Kita kemudian meminta penjelasan pihak syarikat bersama surat kebenaran menyimpan kenderaan daripada agensi yang berkaitan.
“Bagaimanapun, pihak syarikat gagal memberikan bukti dan permintaan kita untuk diadakan pertemuan antara syarikat dan pemilik kenderaan juga ditolak,” katanya, har iini.
Laporan media sebelum ini menyebut, pemilik kapal, MV Malaysia Star membuat laporan polis terhadap Semboyan Malaysia kerana didakwa menceroboh dan mencuri beberapa kenderaan.
Peguam mewakili pemilik kapal, Jeremy M Joseph dilaporkan sebagai berkata, tindakan itu adalah suatu perbuatan jenayah yang melanggar hak undang-undang pemilik kapal dan suatu tindakan tidak berpatutan.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong dilapor mengesahkan menerima laporan daripada pengarah syarikat perkapalan pada 6.24 petang kelmarin.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |