
Semakan kemasukan PLKN 3.0 siri 3/2025 dibuka bermula 17 Jun 2025
KUALA LUMPUR – Semakan panggilan kemasukan pelatih bagi Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 Siri 3/2025 boleh dibuat bermula esok pukul 10 pagi (17 Jun 2025).
Menurut Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), semakan boleh dilakukan menerusi pautan rasmi sistem PLKN 3.0 di https://plkn.mod.gov.my/pelatih/semakan/form.
“Semakan ini adalah khusus untuk pelatih yang lahir pada tahun 2007. Mereka yang terpilih perlu memberikan maklum balas kehadiran selewat-lewatnya pada 11 Julai 2025 melalui sistem PLKN 3.0.
“Siri 3/2025, latihan akan dilaksanakan selama 45 hari bermula 7 September hingga 21 Oktober 2025, membabitkan dua kem Rejimen Askar Wataniah iaitu Kem Rejimen 515 (AW), Kuala Lumpur dan Kem Rejimen 505 (AW), Pekan, Pahang,” katanya dalam satu kenyataan.
Sepanjang program, para pelatih akan mengikuti modul latihan yang terdiri daripada 70 peratus komponen Latihan Asas Ketenteraan dan 30 peratus Komponen Kenegaraan.
“Antara pengisian latihan termasuklah kemahiran asas ketenteraan, asas keselamatan negara, kesejahteraan hidup berteraskan nilai Malaysia MADANI serta pembentukan kepimpinan belia.
“Modul Komponen Kenegaraan menekankan aspek jati diri, semangat patriotisme dan pengukuhan perpaduan dalam kalangan peserta,” jelasnya.
Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada Unit Pelatih, JLKN di talian 03-4013 3612 / 3613 / 3614 / 3604 / 3603 / 3626 atau menerusi laman rasmi di https://jlkn.mod.gov.my.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |
One Comment