
Selepas berhujah di Parlimen, PM terus berangkat ke Amerika
PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim berangkat ke New York, Amerika Syarikat malam tadi bagi menyertai Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78.
Perkara itu dikongsi oleh Perdana Menteri dalam satu hantaran video dalam laman Facebook rasminya sebentar tadi.
“Malam ini saya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta delegasi Malaysia memulakan perjalanan menuju ke New York, Amerika Syarikat bagi menyertai UNGA ke-78.
“Dalam perhimpunan bersama pimpinan dunia ini, saya antara lain akan berkongsikan usaha Malaysia dalam menangani krisis iklim bagi mencapai Agenda 2030, hala tuju negara di bawah kerangka Malaysia Madani serta beberapa isu global lain,” katanya.
Sementara itu, Perdana Menteri juga memohon doa daripada seluruh rakyat Malaysia supaya misi delegasi Malaysia berjalan lancar.
Petang tadi, Perdana Menteri menggulung perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 (KSP RMK12) di Dewan Rakyat.
Terdahulu, sebanyak 26 kementerian selesai menggulung usul berkenaan selama dua hari bermula semalam selepas 151 Ahli Parlimen membahaskan usul itu sepanjang tiga hari pada minggu lepas.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |