BERITA SEMASADALAM NEGERI

Selepas 29 tahun, Kapsul Masa Wawasan 2020 dibuka

KUALA LUMPUR – Selepas hampir tiga dekad ditanam di Menara Kuala Lumpur, Kapsul Masa Wawasan 2029 akhirnya dibuka secara rasmi hari ini.

Majlis pembukaan kapsul masa tersebut disempurnakan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sempena sambutan Aidilfitri di sini.

Bertemakan ‘Raikan Raya Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad’ anjuran Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd (MKLSB), majlis itu turut menjadi detik bersejarah pembukaan kapsul masa yang menyimpan mesej dan dokumen penting ketika tokoh negarawan itu menjadi perdana menteri ke empat.

Kapsul masa tersebut ditanam pada 1 Oktober 1996 bersempena perasmian Menara Kuala Lumpur.

Ia sepatutnya dibuka pada 2020, namun ditangguhkan atas pelbagai faktor termasuk pandemik Covid-19.

Orang ramai mula membanjiri Menara Kuala Lumpur seawal pukul 8 pagi bagi menghadiri dan menyaksikan upacara tersebut.

Turut hadir bekas Perdana Menteri ke lapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Penerangan, Tan Sri Rais Yatim.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button