
Selangor teruskan pemberian baucar Skim Mesra
SHAH ALAM – Kerajaan Negeri Selangor akan meneruskan pemberian baucar Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dan Skim Mesra Insan Istimewa (SMIS) sebagai sebahagian inisiatif kebajikan bagi warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU) bermula 3 Februari ini.
EXCO Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat, Anfaal Saari berkata, pemberian baucar RM150 itu akan diberikan kepada ahli Skim Mesra yang telah mendaftar dan diluluskan pada tahun 2024 dan sebelumnya.

Bagaimanapun, pendaftaran baharu bagi Skim Mesra akan ditutup buat sementara waktu sehingga pengumuman selanjutnya.
“Keputusan ini diambil bagi membolehkan Kerajaan Negeri menambah baik skim tersebut dan menyesuaikannya dengan keperluan golongan sasar.
“Ahli Skim Mesra boleh menuntut baucar di Pusat Khidmat Masyarakat DUN berdasarkan DUN tempat mengundi mereka mengikut bulan kelahiran ahli,” katanya dalam satu kenyataan.
Selain itu, ahli yang menerima baucar diwajibkan menggunakannya dalam tempoh 90 hari dari tarikh penerimaan bagi memastikan manfaat dapat dinikmati secara optimum.
Kerajaan Negeri komited dalam menyalurkan bantuan secara sistematik bagi memastikan kesejahteraan warga emas dan OKU terus terjaga.
Untuk maklumat lanjut, penerima boleh merujuk kepada Pusat Khidmat Masyarakat DUN masing-masing.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |
One Comment