
Sekolah miliki 9 orang murid curi tumpuan
KUANTAN – Sebuah sekolah di daerah ini yang hanya memiliki sembilan orang murid mencuri tumpuan apabila tular di media sosial.
Situasi unik itu dikongsikan menerusi video di TikTok oleh seorang pengguna @husnibnsuhaimi baru-baru ini.
Video tersebut memaparkan suasana majlis penyampaian lencana Jalur Gemilang yang diadakan di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Jabor, dekat sini.

Turut menarik perhatian ialah ucapan oleh salah seorang murid sempena majlis berkenaan.
Majlis tersebut turut diserikan dengan kehadiran beberapa orang guru yang menjadi tulang belakang dalam memastikan pembelajaran murid-murid tetap berjalan seperti biasa walaupun bilangan mereka amat kecil.
Fenomena sekolah dengan pelajar yang sedikit mencetuskan pelbagai reaksi lucu dan bersahaja daripada warga maya.
“Mak, saya dapat top 10 dalam sekolah,” komen Adubron.
“Satu sekolah kenal aku,” komen 99 pula.
“Kalah private school punya privacy,” tulis Amir.
Setakat ini, perkongsian video berdurasi 13 saat itu telah meraih lebih 1.7 juta tontonan di TikTok.
Sekadar info, SJKC Jabor, merupakan sebuah sekolah rendah aliran Cina yang terletak di kawasan Jabor, berhampiran sempadan antara Kuantan, Pahang dan Kemaman, Terengganu. Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1951.
Pada tahun 2024, sekolah ini memiliki 11 orang murid dengan lapan orang guru.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |