BERITA SEMASA

Sekarang bukan fasa gantung bendera tapi bantu PM bangunkan Gaza – Altimet

KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia diseru untuk menyatakan sokongan penuh terhadap inisiatif Malaysia yang bakal mencipta sejarah sebagai negara ASEAN pertama melancarkan Projek Bandar Wakaf bagi membangunkan semula Gaza selepas Ramadan ini.

Seruan itu dizahirkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman yang menyifatkan usaha tersebut sebagai komitmen Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam memperjuangkan isu kemanusiaan di peringkat global.

“Langkah ini menonjolkan kedudukan Malaysia sebagai negara yang dihormati masyarakat antarabangsa, terutamanya apabila projek ini bukan sahaja membantu membina semula Gaza tetapi juga mempromosikan model wakaf yang unik dan inovatif.

“Lebih membanggakan, dana bantuan ini datang daripada independent fund dan sumbangan sektor korporat, yang menunjukkan kepercayaan tinggi pelbagai pihak terhadap kemampuan dan keikhlasan negara kita.

“Ia adalah cerminan Malaysia Madani yang menjunjung nilai kemanusiaan sejagat dan solidariti bersama rakyat Palestin,” kata Syed Abdul Rahman yang lebih dikenali sebagai Altimet.

Mengulas lanjut, Syed Ahmad berkata, sekarang adalah fasa di mana rakyat Malaysia bukan sekadar menggantung bendera Palestin, tetapi bersedia untuk membantu mereka di fasa pemulihan.

Justeru itu, beliau mengingatkan agar rayat di negara ini tidak terpengaruh dengan segelintir pihak yang mungkin cemburu dengan pengiktirafan yang diterima oleh Perdana Menteri sehingga memperlekehkan usaha murni tersebut.

“Sebagai rakyat yang bijaksana, kita harus mengenepikan polemik dan menyokong usaha yang membawa manfaat kepada umat sejagat. Seperti kata pepatah, Hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati.

“Bantuan seperti ini tidak akan memiskinkan kita, malah ia adalah pelaburan untuk kesejahteraan umat manusia. Projek Bandar Wakaf ini adalah bukti nyata keprihatinan dan kepimpinan Malaysia di mata dunia,” ujarnya.

Tambah Syed Ahmad, dengan pembinaan Masjid Berkembar Shah Alam, Apartmen Wakaf Selangor dan Sekolah Malaysia di Gaza, ia bukan hanya memberikan keperluan asas kepada rakyat Palestin, tetapi juga harapan baru buat masa depan mereka.

“Saya menyeru semua pihak, sama ada rakyat biasa, sektor swasta, atau NGO, untuk bersama-sama menyokong projek ini. Bantulah usaha ini dengan keyakinan bahawa tangan yang memberi lebih mulia daripada tangan yang menerimam,” ujarnya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button