
Sebaran makluman mengenai Elaun Madani adalah palsu – MOF
CYBERJAYA – Penyebaran makluman termasuk poster mengenai pemberian elaun kepada semua penjawat awam yang dikenali sebagai Elaun Madani adalah palsu.
Perkara itu disahkan oleh Kementerian Kewangan (MOF), hari ini.
MOF menerusi satu hantaran di laman Facebook miliknya hari ini, menasihati semua pihak supaya berhati-hati dan jangan mudah terpedaya dengan berita seumpamanya di media sosial.
“Ikuti saluran rasmi Kementerian Kewangan dan pastikan pautan adalah sah serta betul. Tidak pasti, jangan kongsi,” tulis kementerian itu.
Poster palsu yang menjadi tular itu menyatakan elaun sara hidup dan bayaran insentif wilayah akan dimansuhkan.
Sebaliknya, ia akan digantikan dengan Elaun Madani yang memperuntukkan minumum RM800 sebulan untuk meraikan kesamarataan antara negeri.
Sebelum ini, Anwar telah dilaporkan akan mengumumkan beberapa imbuhan tetap kepada penjawat awam dalam tempoh seminggu dua lagi.
Anwar berkata, mesyuarat pengurusan pertama mengenai imbuhan tetap itu dan pelarasan skim gaji membabitkan penjawat awam diadakan pada minggu ini.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






