Sebanyak 1,333 projek perumahan sakit, terbengkalai berjaya dipulihkan kerajaan
KUALA LUMPUR – Kerajaan MADANI terus merekodkan kemajuan signifikan dalam menyelesaikan isu perumahan rakyat apabila 1,333 projek perumahan swasta sakit dan terbengkalai berjaya dipulihkan sepenuhnya.
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, perkara itu berjaya dicapai sejak penubuhan Task Force Projek Perumahan Swasta Sakit oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
“Berdasarkan data yang dibentang KPKT sehingga 31 Oktober 2025, 1,201 projek sakit dan 28 projek terbengkalai telah dipulihkan sepenuhnya manakala 104 projek sakit kini ditakrifkan sebagai lancar.
“Keseluruhan projek tersebut melibatkan 159,638 unit kediaman dengan nilai pembangunan kasar (GDV) mencecah RM126.47 bilion,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Jemaah Menteri di Parlimen hari ini.
Tambah Fahmi, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut berhasrat mengadakan program khas bersama KPKT untuk bertemu pembeli rumah yang projek mereka telah diselamatkan kerajaan.
“Ini satu pencapaian yang amat memberangsangkan dan menunjukkan komitmen kerajaan MADANI yang telah menyelesaikan banyak projek perumahan sakit atau terbengkalai,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








