BERITA SEMASA

Scammer menyamar pegawai Maritim Malaysia dikesan tawar LO kerajaan

PUTRAJAYA – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menafikan penglibatan pegawainya dalam kegiatan penipuan Pesanan Kerajaan (LO) sebagaimana aduan yang diterima baru-baru ini.

Ketua Pengarahnya, Laksamana Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah berkata, pihaknya juga tidak pernah melantik mana-mana pihak secara tidak rasmi untuk urusan pembekalan tanpa melalui prosedur yang sah dan ditetapkan oleh kerajaan.

“Sehubungan itu, orang ramai dan para pembekal diingatkan agar berwaspada serta tidak mudah terpedaya dengan LO yang mencurigakan.

“Sebarang dokumen LO yang diterima hendaklah disemak dan disahkan terlebih dahulu dengan pihak Maritim Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu katanya, sekiranya terdapat sebarang cubaan penipuan atau penggunaan nama pegawai agensi berkenaan tanpa kebenaran, orang ramai boleh melaporkan kepada pihak berkuasa atau menghubungi talian kecemasan 999.

“Orang ramai juga dinasihatkan agar melayari portal rasmi Maritim Malaysiadi www.mmea.gov.my dan akaun media sosial rasmi untuk mendapatkan maklumat tepat dan terkini agensi ini,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button