BERITA SEMASA

‘Saya tak takut, kita jumpa di mahkamah’ – Muhyiddin

KOTA BHARU – Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan beliau bersedia berdepan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di mahkamah berhubung isu pelupusan hutang peneroka FELDA.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu berkata, walaupun beliau disaman sebanyak RM200 juta, beliau tidak berasa takut kerana tidak bersalah.

“Hari ini (semalam) saya dapat berita Anwar Ibrahim saman saya RM200 juta. Tidak lain tidak bukan, ia membabitkan isu peneroka FELDA.

“Saya tidak takut terhadap Anwar, tidak mengapa, biar kita pergi mahkamah kerana saya tidak bersalah,” katanya pada Program Munajat Rakyat Kelantan Pakat Pertahan dan Amanat Pimpinan di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini malam tadi.

Yang turut hadir, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad; Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan timbalannya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man serta Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Terdahulu, Anwar menuntut Muhyiddin meminta maaf dan membayar pampasan RM200 juta kerana menjejaskan reputasi beliau berhubung dakwaan fitnah membabitkan isu pelupusan hutang peneroka FELDA.

Mengulas lanjut Muhyiddin turut menegaskan, Anwar tidak faham untuk membezakan antara penghapusan hutang dan sukuk.

Jelasnya, ketika beliau mentadbir kerajaan, masalah FELDA yang dialami termasuk terdapat pengurusan tidak cekap, pendapatan merosot sehingga hutang tidak boleh dibayar sehingga membabitkan jumlah hutang seluruh negara hampir RM12 bilion.

“Ketika itu kami mengambil keputusan membantu peneroka FELDA pada 2021 dengan menghapuskan hutang sebanyak RM8.3 bilion. Namun Perdana Menteri kata saya cakap bohong, sedangkan saya tidak pernah bohong kerana saya ada bukti.

“Saya kata Anwar, itu bon, yang ini penghapusan hutang, ia tidak sama,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button