
Sarawak ambil tindakan undang-undang terhadap Petronas Carigali, dakwa operasi haram di Terminal Miri
KUCHING — Kerajaan negeri Sarawak dilaporkan telah memulakan tindakan undang-undang terhadap Petronas Carigali Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Petroliam Nasional Bhd (Petronas), atas dakwaan menjalankan operasi secara haram di Terminal Minyak Mentah Miri.
Business Times – New Straits Times hari ini, satu notis undang-undang bertarikh 30 April telah dikeluarkan kepada syarikat terbabit, dengan tempoh 21 hari diberikan untuk mendapatkan lesen yang diperlukan.
Menurut laporan itu, kegagalan berbuat demikian boleh mengakibatkan tindakan penalti kewangan dikenakan.
Katanya, Sarawak mendakwa Petronas Carigali telah melanggar Seksyen 7(e) Ordinan Pengagihan Gas (DGO), iaitu undang-undang negeri yang mewajibkan lesen bagi pengendalian saluran paip gas serta kemudahan berkaitan di negeri berkenaan.
Tindakan itu dilihat sebagai lanjutan kepada pertikaian yang semakin meruncing antara kerajaan Sarawak dan Petronas, susulan usaha negeri itu memperkukuh kawalan ke atas sumber minyak dan gas melalui syarikat milik penuh negeri, Petroleum Sarawak Berhad (Petros).
Kerajaan Sarawak turut mencabar kesahihan Akta Pembangunan Petroleum 1974 (PDA) yang memberikan Petronas hak eksklusif ke atas sumber hidrokarbon negara.
Sebaliknya, negeri itu menegaskan bahawa PDA tidak terpakai di wilayahnya, sebaliknya berpegang kepada Ordinan Perlombongan Minyak 1958 yang menurutnya memberikan kuasa kepada Sarawak ke atas sumber minyak dan gas dalam lingkungan 200 batu nautika dari pesisir pantai.
Ketegangan kedua-dua pihak turut dikatakan telah memberi kesan kepada pelabur antarabangsa, apabila syarikat minyak dari Amerika Syarikat, ConocoPhillips, dilaporkan menarik diri daripada satu projek minyak dan gas laut dalam berskala besar di perairan pesisir Borneo.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |