BERITA SEMASA

Sanusi mohon maaf sekiranya terlanjur kata

JITRA – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memohon maaf sekiranya ada memberi ucapan yang kurang sesuai dalam hubungan sesama manusia.

Muhammad Sanusi berkata, permohonan maaf tersebut dibuat bagi pihaknya sepanjang beliau mentadbir Kedah atas kapasiti Menteri Besar.

Tambah Sanusi, sebagai insan yang lemah, keterlanjuran dan kesilapan pastinya ada dalam setiap individu dan ia membezakan antara satu dengan yang lain.

“Sebagai individu, pastinya ada perbezaan sikap dan watak pada diri masing-masing. Inilah yang membezakan antara satu dengan yang lain.

“Apabila ditakdirkan kita diangkat menjadi pemimpin, perbezaan sikap dan watak itu haruslah ditangani dengan nilai yang adil dan saksama,” katanya.

Beliau berucap sedemikian sempena Majlis Sambutan Aidilfitri Madani di Tasik Darulaman Jitra, di sini, malam semalam.

Hadir sama, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button