BERITA SEMASADALAM NEGERI

Samping raya suami bertukar jadi skirt ruffle

SEORANG wanita tular di TikTok selepas berkongsi insiden lucu apabila tersilap mencuci samping songket tenun raya suaminya menggunakan mesin basuh hingga menyebabkan ia rosak teruk.

“Tolong aku weyhh. Aku cuci samping laki aku jadi macam ni,” tulis @delishaurelia87 menerusi perkongsian video berdurasi lapan saat di platform tersebut.

Melalui video tersebut, dapat dilihat kain samping berkenaan penuh dengan kedutan dan berkeronyok teruk ketika disidai di ampaian.

Reaksi spontan dan nada bersalah dalam videonya mengundang pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-rata terhibur dengan situasi tersebut.

Sejak dimuat naik, video itu telah menerima lebih 2.7 juta tontonan dengan ramai pengguna media sosial memberikan komen lucu serta berkongsi pengalaman serupa.

Ada yang berseloroh mengatakan suaminya pasti ‘menangis’ melihat keadaan samping kesayangannya, manakala yang lain memberikan petua bagaimana untuk membaiki kembali tekstur kain tersebut.

Delete post, hapuskan bukti dan paling penting buang jauh-jauh. Good luck,” komen @abangdino.

“Macam skirt ruffle,” tulis @awan pula.

“Ayokk kak, standby ayat untuk merajuk. Kang kena marah dengan laki,” kata @puteribongsu.

Samping songket tenun Terengganu terkenal dengan kehalusan seni buatannya dan memerlukan penjagaan khas.

Ini termasuklah kaedah cucian yang betul bagi memastikan ia kekal dalam keadaan baik. Kejadian ini menjadi peringatan kepada ramai agar lebih berhati-hati dalam mencuci samping tradisional seperti ini.

Walaupun sedikit malang, wanita tersebut berjaya menghiburkan ramai dengan videonya, membuktikan bahawa kesilapan kecil pun boleh mencetuskan keceriaan di media sosial.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button