
Sambutan Songkran peringkat kebangsaan pada 11 hingga 13 April
PUTRAJAYA – Kementerian Perpaduan Negara (KPN) dengan kerjasama Persatuan Siam Malaysia akan menganjurkan Majlis Perayaan Songkran Peringkat Kebangsaan bermula 11 hingga 13 April ini di Dewan Songkran, Kampung Tasek, Pengkalan Hulu, Perak.

Majlis tersebut akan disempurnakan oleh Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang.
Aaron dalam satu kenyataan berkata, sambutan Songkran merupakan perayaan utama masyarakat Bumiputera Siam di negara ini yang diraikan bagi menandakan ketibaan tahun baharu dengan penuh kesyukuran serta kegembiraan.
“Perayaan itu bukan sahaja meriah, tetapi sarat dengan nilai budaya yang memperkenalkan tradisi, seni dan warisan etnik minoriti Siam kepada seluruh rakyat Malaysia,” katanya.
Beliau berkata, perayaan itu menjadi platform penting dalam memupuk perpaduan rakyat berbilang kaum.
“Ia sejajar dengan matlamat Kerajaan Madani yang mengangkat perpaduan sebagai teras dan meraikan kepelbagaian kaum, budaya dan agama,” katanya lagi.
Beliau berkata, program seumpama itu mampu mengeratkan hubungan antara etnik serta memperkasakan keharmonian dalam kalangan masyarakat.
“Antara pengisian menarik sepanjang tiga hari sambutan termasuk perarakan tradisional Songkran, pameran makanan dan budaya, pertunjukan tarian serta muzik tradisional, pertandingan permainan rakyat dan aktiviti simbahan air yang sinonim dengan perayaan tersebut,” katanya lagi.
KPN turut menjemput orang ramai khususnya penduduk sekitar Perak Utara untuk hadir memeriahkan sambutan tersebut.
Maklumat lanjut mengenai perayaan itu boleh didapati melalui laman sosial rasmi Kementerian Perpaduan Negara.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |